Thursday, March 29, 2007

Lasbela

Makcik2 Aisya buat lawatan sambil belajar (LASBELA)...bawa la diaorang p kundasang & stay jap kat Kinabalu Pine Resort..then bawa diaorang p kaki gunung kinabalu...

Majlis Cukur Jambul

Nie masa majlis cukur jambul adik syahmi...nangis takut rambut dia kena potong..

Wednesday, March 28, 2007

Cari Perbezaan

Dua beradik nie memang sebijik masa kecik2...bila tengok gambar nie memang tak nampak sangat bezanya..if tak tau, mesti ingat gambar baby yang sama..teka la, mana satu kakak & yang mana adik..

Gadis Sopan

Gaya sopan seorang gadis berusia 2 tahun 4 bulan..duduk bersimpuh sambil minum air..

Jelingan Manja


Tengok la jelingan manja seorang baby yang baru 1 tahun 3 bulan..pandai sungguh senyum ngan orang..lagi2 kalau pompuan..

Friday, March 23, 2007

Hepi Time Kat Parapapa..

Suka sangat diaorang nie makan kat Mc D..biasanya diaorang nie makan bubur ayam dengan fries..if lalu kat jalan Ums tu, seronok la diaorang nie bila sampai kat Mc D tu..

Tuesday, March 20, 2007

Tip Menghadapi Exam

Kelab JP menganjurkan kem persediaan menghadapi exam..sepanjang kem selain daripada aktiviti2 diselitkan tips2 menjawab soalan dan menghadapi exam agar dapat mencapai result yang cemerlang..ramai di kalangan mereka nie grad dengan cemerlang semester lepas..tahniah

Bersama MACPA

Seminar Perundangan & Perakaunan Di Malaysia...ada seminar dan pameran oleh badan2 yang berkaitan pada 9 Mei 2006..antara aktiviti kursus DAT

Monday, March 19, 2007

Model Baju Kelawar

Nie la model baju kelawar..suka sangat ngan baju nie...baju nie kakak wawa dia yang bagi..susah nak cari baju kelawar yang kecil...nanti la if berkesempatan cari kat KL..

Team Bowling PKK



Nie la team bowling PKK yang dapat tempat ke 3 MSP tahun lepas...tahun nie nanti bulan April akan diadakan oleh PPD..harap2 dapat jadi johan tahun nie..

Aksi 2 Beradik

Dua beradik nie bukan boleh jauh pun..kat mana ada kakak, kat situ la ada adik...if adik takde, mula la kakak dia cari..adik pun sama macam tu...

Sunday, March 18, 2007

Posing atas Katil

Hari Keluarga PKK

Aisya sedang bersenam robik dengan auntie azah..masa nie ada hari keluarga, aisya & syahmi masuk acara kutip gula2...banyak jugak gula2 yang diaorang dapat...aisya pula pagi2 ikut senamrobik..

Persiapan Sebelum Pertandingan

Semua tengah berdebar sebelum bertanding acara Hari Keluarga PKK..adik syahmi praktis nangis..skrang dialah mat kacau...ha..ha..

Seorang Hero

Inilah wajah seorang hero..dengan tangan berbalut dan muka yang mot...

Tanjung Lipat

Aisya, Syahmi & Mama jalan-jalan kat Tanjung Lipat Teluk Likas...kat sini petang2 best gak..sambil minum2 & makan goreng pisang..adik syahmi belum bleh jalan lagi masa nie..tapi dia cukup suka makan...bagi la apa pun..

Bersiar Di Pantai


Aisya ambik angin kat pantai...

Thursday, March 15, 2007

Konvokesyen


Asyik student je yg bergaya masa konvo, so kami semua pun nak jugak bergaya time nie..nie merupakan last konvo yang buat kat Magellan Sutera Harbour coz lepas nie akan dibuat di politeknik...

Trip ke Labuan

Masa nie kena p melawat pelajar latihan industri kat labuan..masa cuti poli so dapat la bawa aisya & mama dia...nie gambar kat airport kk..sampai labuan aisya demam..

Tuesday, March 13, 2007

Adik Syahmi - How Do I Look

Kakak letak bedak kat muka, adik plak letak bedak kat kepala & muka...masa nie dia baru bleh merangkak skit2...

Rumah Orang2 Tua Kinarut

Lawatan ke rumah warga tua di Kinarut...gotong-royong bersihkan tempat tu & sampaikan sumbangan daripada warga JP buat pusat tersebut...sedih bila bercerita dengan warga-warga tua nie...

Main Bowling

Sebahagian lagi aktiviti Kelab JP, pertandingan bowling tertutup JP...ada la kategori pensyarah & dapat sambutan daripada beberapa orang pensyarah...

Taman Pertanian Tenom

Ini salah satu aktiviti kelab JP...kami melawat Taman Pertanian Tenom..Masa nie Ina tengah pregnant Aisya...Kami kat sini 2 hari satu malam..best bila berkhemah ramai-ramai kat situ..

Friday, March 9, 2007

Hari Politeknik

First time Hari Politeknik dianjurkan secara besar-besaran di Politeknik Kota Kinabalu..masa nie kami semua jadi ajk induk...nie la gambar jelitawan-jelitawan jp yang bekerja keras sepanjang Hari Politeknik 2005
Posted by Picasa

Aisya & Yanie..

Aisya dan Yanie (akheri baby girl) lahir tahun yang sama...cuma yanie bulan april, aisya bulan november...sekarang yanie pun dah ada adik najmi..aisya ada syahmi...masa nie akheri dok kat indah permai so senang la nak p umah dia...
Posted by Picasa

Ascap & Isteri


Nie masa kenduri kawin ascap...p sana ngan mieja...skrang ascap pun dah ada 1 baby girl...bila nak tambah lagi geng?

Thursday, March 8, 2007

Tawan Puncak Kinabalu




Sepanjang hampir 5 tahun kat Sabah nie macam2 aktiviti yang dilalui..paling best of course la naik Gunung Kinabalu...rugi rasanya bila dah duduk kat sini tapi cuba mendaki puncak tertinggi Asia Tenggara tu...Dalam 5 tahun nie, dah dua kali dapat sampai ke puncak..syukur Alhamdulillah..pemandangan kat atas sana, Subhanallah, cantik sangat...apalagi kalau naik dari Mesilau..walaupun jauh sikit berbanding trek biasa dari Timpohon, tapi view dia amat cantik...nilaikan sendiri..if nak rasa nikmatnya di puncak boleh la datang tawan puncak Kinabalu nie...