Wednesday, February 29, 2012

HAL - HAL KONVOKESYEN

Salam..kepada para graduan yang akan konvo pada 27 & 28 Mac 2012..di bawah adalah link untuk dokumen2 yang perlu untuk konvo nanti..

Saturday, November 12, 2011

Exam

Selamat menduduki peperiksaan akhir semester...do the best..

Tuesday, June 28, 2011

Tinggal Kenangan

kereta kedua yang dibeli dari seorang kawan...untuk kegunaan ina..paling jauh dia drive sampai ke alamesra..niat hati ingin bawa pulang ke semenanjung, namun tak sampai hati dengan permintaan rakan baik yang nak simpan 'kancil king' ne..

Kereta pertama yang dibeli : proton wira 1.3 (2002/2003). Telah dijual kepada seorang rakan, tidak dapat la kereta ini menjejak ke bumi perlis...no major modification, just tukar sport rim..naik memang sedap, tak banyak meragam...memang senang jaga..

Wednesday, June 22, 2011

Untuk Dimengertikan Part II




perlukan ilmu semantik yg tinggi untuk memahami isi gambar2 ini..gambar2 ini penuh dgn cerita, kasih sayang, hormat2 menghormati, budaya berbeza..kita sama sahaja..mengharap keredhaanNya....jgn hanya melihat yg tersurat, tak nampak yg tersirat..ingatan utk diri sendiri..

Untuk Dimengertikan





aku penah menegur, namun aku disalahertikan...di sana aku kenal anak2 kawan2 aku...di sini aku dikenalkan dengan Datuk, YB2, Tuan2...mungkin aku kolot..entahlah labu..

Tuesday, June 7, 2011

Benda Pelik

masa darjah 1:

cikgu akan isikan ruangan cita-cita pelajar so cikgu akan tanya setiap pelajar...ramai yg beri jawapan standard:
a) cikgu
b) askar
c) polis
d) doktor

aku punya jawapan bila dikenang balik, buatkan aku nak tulis kat sini.....aku nak jadi:
a) ahli gusti
b) wartawan

lama kelamaan niat nak jadi ahli gusti berkubur begitu saja coz mmg la tak bleh kan..bila dah masuk darjah 3 aku dah sedar...so aku masih lagi bgtau nak jadi wartawan...masa tu aku rasa perkataan wartawan tu macam best..tu je sebabnya...

sehingga la masuk sekolah menengah aku masih nak jadi wartawan...tapi kita hanya bleh berangan Tuhan yang menentukan....

semakin aku memahami kehidupan, perkara ini mmg mengganggu hidup aku sekarang...

KENAPA WARTAWAN SUKA TULIS APA PERISTIWA PELIK YG ARWAH DAH BUAT SEBELUM KEMATIAN????

tak bleh ka tanya benda lain???? anak/isteri/suami mcm mana?? ada yg datang membantu?? ceritakan tempat2 yg bleh mohon bantuan?? permudahkan urusan insurans ka....

agak emosi jugak bila ada orang mati je, mesti ada cerita peristiwa pelik yg berlaku...yg aku emo tu coz dulu aku minat sgt nak jadi wartawan..takkan editor suruh cari benda2 pelik kot or wartawan dah takde idea nak tulis apa???

Tuesday, May 24, 2011

Milik Siapakah Gadis Ini



Milik siapakah gadis ini Wajah lembut bagaikan sutera Ingin hatinya ku miliki Apakan terdaya Adakahkan terdaya

Milik siapakah hati ini Bagai berkurun lama kesepian Ingin aku mencurahkan kasih Kepada yang sudi Adakah ia sudi Lama telah ku impikan Gadis sepertinya Mengisi taman hati Dengan cahaya kasih (suci) Siapakah gadis yang ku idam...

Kisah Seorang Biduan

Dari sebuah desa
Berbekal gitar tua
Datang ke ibukota
Dengan penuh harapan
Menjadi seorang biduan


tp kami dari bandaraya kembali ke desa
dari riuhnya urusniaga ke desa tenang bernyanyi suara merbuk...

dari hanya kenal rakan sekerja, sahabat taulan kami kembali ke sanak saudara ibu bapa tercinta

tp aku tak dapat kenalkan anak2 ku ini dengan sejuknya air sungai, angkut air dari sungai..takut ke bilik air di waktu malam..(jamban d luar)..kandang lembu d sebelah rumah, tgh hari bawa lembu minum air d sungai...tempat aku mandi air perigi pun dah ditambak...



Meskipun kau tersenyum
Namun orang pun tahu
Apa isi hati mu
Tatkala kau lagukan
Lagu mu lagu sedih
Perjalanan hidup mu
Ditinggal kekasih mu

KOTA KINABALU






kenangan2 yg manis & pahit banyak berlaku di sini..anak2 semua ber ic kan negeri sabah...

Sunday, May 22, 2011

AISYA & SYAHMI SPORTS DAY (17 APRIL 2010)







tahun lepas aisya & syahmi baru balik dari sabah..so diaorang mendaftar di Taski Ummu Aiman..pembelajaran yg amat bagus di sana..then diaorang ada sukan sekolah...1st time jugak la tgk anak2 bersukan untuk sekolah dia..he..he..

Friday, May 20, 2011

KEK BIRTHDAY










mcm2 jenis kek yg dah ditempah..anak2 aku ada empat so mcm2 la permintaan untuk kek diaorang..ni antara beberapa yg aku jumpa..

LAWATAN LI




banyak tempat yg aku p lawat student praktikal..tp tak ambil gambar..syok jugak dalam LI ni coz banyak tempat baru bleh pegi..kiranya sambil menyelam minum air..penah sekali aku lawat student d tawau tak ikut jalan biasa, tp ikut jalan keningau-kalabakan..jalan balak..lebih dekat..jimat la dalam 2 jam..dapat p petronas base d bintulu..dapat lihat bangunan pejabat yg dibuat mcm bentuk kapal dan mcm2 lg la..kata org jauh berjalan luas pandangan..tak la tertutup sangat pemikiran tu..he..he

GAMBAR HOLIDAY D LANGKAWI








after honeymoon ke Langkawi tahun 2003 dulu, kami kembali ke Langkawi tahun ne..4 may 2011..tp kali ne, ditemani oleh 4 orang anak2 kami..he..he...dua pasang hero & heroin yg cute...he..he..tp kali ni, tak la stay kat awana porto malai..

HARI JABATAN PERDAGANGAN 2011



aku dilantik sebagai penyelaras program Hari Jabatan Perdagangan 2011..dengan bantuan Rashdan sebagai pengarah program dan kawan2 yg lain..program berjalan dengan amat lancar dan meriah..ada gerai, superbike & vespa show, muslimah fashion show, tayangan movie, street soccer, netball, treasure hunt etc...aku & kawan2 masuk street soccer, lawan dgn student2..ha..ha..pancit woo...tapi dapat la no 3 dari beberapa team..(rasanya belas2 jugak)

Thursday, May 19, 2011

Muhammad Naim Zuhair After 2 Years..



Macam baru je dia lahir..ingat lagi hari tu (14 may 2009) ada jamuan perpisahan untuk en charim kt 1borneo tp kami 2 orang tak p..ina ada rasa sakit2...pagi 14 may 2009 bfast dulu kt ziemal indah permai..then sambil bfast tu decide nak bersalin kt mana..kt likas or kk specialist..sblm ne, ina ada masuk ke hospital likas tp tak jadi bersalin..keadaan kt situ dah makin sesak, tak sama mcm waktu syahmi dulu..masa baby pun dah makin ramai hinggakan mama duduk kt labor room lama sblm dapat pindah ke bilik..itu pun bilik berenam (if tak salah)..masa syahmi dulu dapat gak bilik berdua..then pilih nak p ke kk specialist kt area damai...main redah je, bkn dah register kata nak bersalin kt sana..nasib baik dpt masuk...lama gak dok tunggu budak sorang ne keluar..kira2 jam 4 lebih baru la dia keluar...skrang dah dua tahun..celebrate bday dia kt langkawi..he..hehepy bday zuhair...